| |
Untuk menyertai Loteri, seseorang pemohon mestilah rakyat sebuah negara yang layak (lihat di bawah), dan mesti mempunyai sekurang-kurangnya pendidikan sekolah tinggi atau yang setaraf atau, dalam masa lima tahun lalu, mempunyai dua tahun pengalaman bekerja dalam suatu pekerjaan yang memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun latihan atau pengalaman. Bukti dokumentasi pendidikan atau pengalaman bekerja TIDAK perlu dikemukakan bersama permohonan loteri, tetapi mesti dikemukakan di pejabat konsul ketika temu duga visa pendatang. Anda dikira layak tidak kira di mana jua anda tinggal. Anda tidak perlu tahu berbahasa Inggeris. Anda tidak perlu mempunyai sanak saudara di Amerika Syarikat.
Mereka yang lahir di negara-negara berikut tidak layak:
Cina (kelahiran tanah besar dan Macau), India, Pakistan, Filipina, Vietnam, Korea Selatan, United Kingdom dan wilayah-wilayahnya (Ireland Utara adalah layak), Kanada, Mexico, Haiti, Jamaica, El Salvador, Colombia, Republik Dominican . Mereka yang dilahirkan di Hong Kong SAR, Taiwan, and Ireland Utara adalah layak memohon
Negara-negara lain yang tidak disebut di atas adalah dikira layak.
Jika seseorang itu dilahirkan di negara yang tidak layak tetapi pasangannya telah dilahirkan di sebuah negara yang layak, ia boleh menyatakan negara kelahiran pasangannya
Undang-undang hanya membenarkan SATU permohonan OLEH ATAU UNTUK setiap orang bagi setiap loteri itu. Lebih dari satu permohonan akan mengakibatkan pembatalan secara automatik
Sebaliknya jika layak, seorang suami dan seorang isteri boleh masing-masing mengemukakan satu permohonan loteri. Jika anda menerima satu Green Card melalui loteri tersebut, pasangan anda (suami atau isteri) dan anak-anak yang berumur di bawah 21 tahun dan masih bujang juga akan mendapat kad hijau serentak dengan anda. Anak-anak yang berumur di bawah 21 tahun dan masih bujang boleh dimasukkan ke dalam setiap borang permohonan ibu bapa mereka. Semua anak yang berumur melebihi 21 tahun mesti memfailkan permohonan yang berasingan. Mengemukakan permohonan yang berasingan untuk anda dan pasangan anda akan menggandakan peluang anda untuk menang.
Pemenang-pemenang akan diberitahu melalui pos dan akan diberikan arahan-arahan selanjutnya. Semua surat-surat pemberitahuan akan dikirimkan dalam masa enam bulan dari tarikh akhir tempoh permohonan. Mereka yang tidak terpilih TIDAK akan diberitahu.
|
|
| |
Anda boleh menyertai loteri visa secara persendirian ketika tempoh sebulan pendaftaran. Jika anda melantik AGCLC untuk menyemak permohonan anda dan mengemukakannya kepada U.S. State Department, kami menjamin permohonan anda akan diisi
dengan betul menurut peraturan-peraturan loteri dan dikemukakan tepat pada masanya.
Kami menjamin permohonan anda tidak akan menjadi satu daripada dua juta permohonan yang ditolak setiap tahun kerana kegagalan mematuhi peraturan-peraturan loteri.
Menurut U.S. State Department ketika loteri lalu (DV2001), 2 juta permohonan telah dibatalkan kerana kegagalan mematuhi peraturan-peraturan tersebut. Ketika loteri 1996, 1.1 juta permohonan dibatalkan sebelum sempat sampul suratnya dibuka! Ini berlaku kerana permohonan-permohonan tersebut tiba di Lottery Center pada masa yang salah (sebelum atau selepas tarikh-tarikh pendaftaran).
Kesilapan yang kecil boleh membatalkan penyertaan anda. Tambahan lagi, mana-mana permohonan yang tiba
di Lottery Center satu hari lebih cepat atau lambat akan dibatalkan serta-merta. Kami akan memastikan ini tidak berlaku kepada anda. Kami tahu tentang keperluan-keperluan loteri dan anda akan mendapat faedah dari pengalaman dan pengetahuan kami. Kami telah membantu ramai orang dari serata dunia sejak 1996 |
|